Lantern

Muat Turun Percuma Soala-soalan yang kerap ditanya

Soalan-soalan yang kerap ditanya

Halaman ini memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang biasa ditanya mengenai Lantern. Sila lihat soalan-soalan yang kerap ditanya yang disediakan oleh pemaju kami untuk maklumat teknikal lanjut.

Apa itu Lantern?

Lantern merupakan satu applikasi perisian bagi desktop dan mudah alih yang menawarkan akses cepat, boleh dipercayai dan selamat ke laman web dan apps yang disekat.

Apa membuatkan Lantern unik?

Lantern adalah unik kerana ia menggunakan server geo-dipotimumkan yang terpantas, dan hanya memproksi laman-laman yang disekat bagi memaksimakan kelajuan melayar yang membenarkan anda stream video-video HD segera. Lantern memberikan anda akses tidak terganggu ke internet terbuka dengan mengunakan pelbagai teknik untuk memintas penapisan dan firewall, mengubah ke kaedah lain dengan cepat jika teknik-teknik tersebut disekat. Pasukan pembangun di Lantern sering menyesuaikan dan menyemak semula teknik-teknik pemintasan penapisan bergantung kepada sekatan sekitar. Maklum balas pengguna adalah integral kepada Lantern, dengan siaran baru yang menggabungkan cadangan dan menangani kebimbangan.

Apa itu Lantern Pro?

Lantern Pro memberikan anda semua ciri-ciri versi percuma kami dan lain-lain:


Kelajuan lebih tinggi

Lantern Pro memberikan anda sambungan terpantas di internet terbuka dengan menggunakan server yang dioptimakan, yang kurang sesak dari server percuma kami, untuk menawarkan kepada anda kelajuan yang terpantas mungkin.


Prestasi lebih baik

Dengan pengedaran server secara global, peruntukan server dinamik Lantern Pro sering cuba menghubungkan anda kepada server berprestasi terbaik untuk memastikan sambungan yang lancar dan tidak terganggu. Jika sesuatu server tidak berjalan, pengguna itu akan dipindahkan ke server yang lain untuk memastikan sabungan yang mantap. Ini membenarkan pertahanan yang lebih baik terhadap gangguan penapisan sambungan anda. Pasukan pembangun Lantern bekerja 24 jam supaya dapat mengenal pasti teknik-teknik sekatan oleh penapis dan memaklumkan dengan cepat untuk memastikan pengguna yang mengalami sekatan kembali online secepat mungkin.


Data tidak terbatas

Lantern Pro menawarkan kepada anda data yang tidak terbatas untuk melayar web, muat turun video dan muat turun kandungan di mana anda akan sentiasa mempunyai sambungan cepat serta tidak disekat. Anda boleh akses semua kandungan dan maklumat online anda pada bila-bila masa.


Tiga peranti

Dengan satu akaun Pro, anda boleh guna Lantern Pro di tiga peranti dan menikmati faedah-faedah Lantern Pro di desktop dan alatan mudah alih anda.

Bagaimana saya upgrade ke Lantern Pro?

Untuk beralih dari versi percuma Lantern Pro, hanya perlu muat turun Lantern, klik butang upgrade di antara muka, dan menyelesaikan proses bayaran.

Adakah sesiapa dapat melihat trafik saya semasa menggunakan Lantern?

Lantern menyulitkan semua trafik anda dalam transit melalui server kami untuk melindungi data dan privasi anda.

Apa maklumat pengguna yang dikumpul oleh Lantern?

Jika anda memilih untuk hantar diagnostik Lantern serta data penggunaan, kami tidak akan berkongsi, jual atau pajak data kepada pihak ketiga atau untuk kegunaan yang lain selain dari menjadikan perkhidmatan kami lebih baik untuk para pengguna. Lantern mengumpul maklumat diagnostik apabila pengguna berkongsi maklum balas dan maklumat lain bagi tujuan debugging, dan kesulitan analitics penggunaan apps dan laman web kami untuk menawarkan anda satu pengalaman pegguna yang lebih baik. Tetapan Lantern membenarkan anda konfigurasikannya berdasarkan pilihan peribadi anda.

Adakah Lantern memastikan kesulitan maklumat saya di online?

Lantern direka bentuk untuk memberikan anda akses secara online kepada maklumat dengan kelajuan yang tidak terkawal. Lantern adalah selamat dan menyulitkan sambungan anda ke laman-laman yang disekat, tetapi ia bukan merupakan alatan yang menyembunyikan identiti, maka jika anda memerlukan atau tidak ingin dikenali online, sila guna Tor. Sebaliknya, Lantern akan memberikan anda akses yang lebih cepat ke laman-laman yang telah disekat. .

Mengapa saya perlu membayar untuk Lantern Pro?

Ciri pembayaran menjadikan Lantern lebih menyekat tahan sebab manapis tidak boleh menyusup atau menyekat Lantern Pro tanpa bayaran, memberikan para pengguna Lantern Pro kami lebih kestabilan. Kami telah menawarkan harga yang kompetitif untuk Lantern Pro demi membantu kami terus wujud untuk memberikan anda cara yang paling cepat dan menyekat tahan untuk anda masuk online.

Berapa harga Lantern Pro?

Anda boleh membeli Pro bagi satu tahun pada harga $32 (USD), atau Pro bagi dua tahun pada harga $48 (USD).

Bolehkan saya mendapat Lantern Pro secara percuma?

Setiap pengguna akan mendapat satu kod rujukan unik yang boleh dikongsi dengan rakan-rakan. Bagi setiap rakan yang mendaftar untuk Pro, anda dapat 2 bulan percuma untuk Pro. Mulalah menjemput!

Mengapa data jalur lebar Lantern adalah terbatas?

Sementara pengguna Lantern semakin bertambah, kos untuk menyelenggaraan pun bertamabah dengan agak signifikan setiaip buulan. Demi bersama mereka dan terus membina serta meninovasikan pengguna-pengguna kami , kami memerlukan sokongan bagi operasi dengan mengenakan satu bayaran kecil bagi perkhidmatan tanpa had.

Untuk memastikan versi percuma kami berjalan, kami melaksanakan satu jalur lebar terhad kepada 500 MB/ bulan. Apabila jalur lebar terhad dicapai, sambungan diperlahankan dan pegguna-pengguna Percuma akan digesa untuk upgrade ke Lantern Pro.

Bagaimana saya tahu bahawa Lantern berfungsi?

Sebaik sahaja anda muat turun dan memasang Lantern, ikon Lantern akan muncul di dulang sistem di sebelah bawah kanan skrin anda, di Windows, dan di bar menu di sebelah atas skrin anda di macOS. Selagi ikon itu berada di sana, ia bermakna Lantern sedang berjalan dan anda boleh akses laman-laman yang disekat di pelayar secara automatik. Jika anda ingin memberhentikan Lantern, anda boleh membuat demikian di menu yang muncul apabilan anda klik ikon Lantern di dulang sistem atau bar menu.

Di mana harus saya pergi jika saya mempunyai lebih soalan?

Jika anda mempunyai soalan lagi, sila hubungi kami di Facebook atau kunjungi User Forum kami.

Jika anda mempunyai soalan yang lebih teknikal, sila lihat Developers Q&A sesi dari forum pemaju kami.

Muat turun Lantern secara mudah untuk akses video-video yang disekat,
berita, media sosial, apps dan sebagainya.

Muat Turun Percuma Bagi Windows, Android, Mac, Ubuntu.